Hukum Memakai Celak Mata Dan Eyeliner
Sunat Bercelak Mata
Rasulullah memakai celak pada kening mata sebanyak 3 kali . Selain itu baginda memakai celak pada bahagian bawah bulu mata dan juga bawah mata sahaja sebagaimana hadis di bawah ini .
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata”
(At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali”
(Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
Berdasarkan hadis di atas , jelas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak memakai celak di kelopak mata . Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, memakai eyeliner , menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang. Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.
Hukum Memakai Celak Mata Dan Eyeliner
Penjelasan Tentang Eyeliner
Bila disebut solekan kelopak mata , ianya termasuk memakai eyeliner seperti gambar di atas . Pemakaian eyeliner sangat popular sekarang . Malah wanita bertudung juga turut memakainya . Tahukah anda , wanita zaman jahiliah / firaun juga gemar memakai solekan kelopak mata sebegitu . Pemakaian eyeliner pada mata akan menonjolkan lagi kecantikan mata tersebut . Malah tidak dapat disangkal bahawa ianya akan menarik mata yang memandang bukan sahaja lelaki juga wanita . Dalam Islam , sekiranya sesuatu yang menarik perhatian pandangan orang lain sehingga pemandangnya itu tergoda , maka ianya adalah berdosa dan hukumnya haram .
Firman Allah yang bermaksud :
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ...
(Surah Al-Ahzab: 33)
Pada pandangan CM , pemakaian eyeliner mendatangkan dosa . Kalau anda rasa eyeliner itu tidak sama dengan solekan mata wanita zaman jahiliah , itu terpulang kepada persepsi anda sendiri . Setakat ini CM tidak menemui lagi kenyataan ustaz / ustazah tv , di google tentang hukum pemakaian eyeliner . Tetapi berdasarkan keterangan diatas tentang hukum bercelak mata iaitu melarang memakai celak di kelopak mata , maka hukum memakai eyeliner sudah jelas . Wallahu 'alam .
No comments:
Post a Comment